Agar agar santan sirap rose | sukatan cawan

Assalamualaikum wbt. Agar-agar antara pencuci mulut yang digemari ramai. Cuma mungkin ada yang tidak yakin untuk memasaknya. Risau jika teksturnya terlalu lembik atau terlalu keras. Tetapi sebenarnya mudah sahaja untuk memasaknya jika kita ikut resepi dan jumlah sukatan yang betul. Kali ini Manja nak kongsi cara masak agar-agar dalam sukatan cawan. Perisa agar-agar kali ini ialah santan sirap rose. Ia akan mempunyai 2 lapisan iaitu lapisan santan dan sirap. Agar-agar ini antara agar-agar favourite Manja kerana gabungan rasa lemak dan manis dengan aroma sirap rose sangat sedap dan menyegarkan. Tambahan lagi ia dimakan sejuk2. Mesti cuba ya.

Bahan – Bahan

  • Agar – agar tali
  • Air
  • Santan
  • Gula
  • Perisa sirap rose
  • Garam
  • telur (A)

Cara – cara

  1. Ukur kuantiti agar – agar tali kita di dalam satu bekas . Kemudian tandakan paras agar – agar tersebut.

Kaedah atau maklumat :

Nisbah agar – agar ini dengan cecair ialah 1 : 3 . Di mana 1 adalah nisbah agar agar tali dan 3 adalah cecair.

Cecair di dalam resepi ini menggunakan :
1/3 ialah air biasa
1/3 ialah air sirap rose
1/3 ialah santan

  1. Basuh dan masukan agar -agar di dalam periuk, kemudian tuangkan bahagian 1/3 air biasa dan juga 1/3 air sirap. Biarkan mendidih dan kacau agar – agar sehingga larut.
  2. Masukan gula. Sukatan gula ialah separuh daripada tanda aras sukatan yang digunakan tadi. Walaubagaimana pun jika anda suka manis, boleh lebihkan dan juga dikurangkan jika suka kurang manis.
  3. Di dalam bekas cecair santan, resepi ini menggunakan santan kotak dan pekat. Oleh kerana itu, dicampurkan juga dengan air biasa bg 1/3 itu. Walaubagaimana pun jika anda suka rasa yang lebih lemak boleh mengguna sepenuh 1/3 santan semuanya. Kemudian masukan 1 biji telur dan garam. kacau semuanya supaya sekata.
  4. Masukan bancuhan santan itu ke dalam periuk agar agar sirap. Kacau dan biarkan ia mendidh .
  5. Apabila mendidih kacau dan biarkan ia membuak buak seketika. Ini bertujuan untuk mendapatkan hasil dan corak yang cantik pada agar agar sirap santan.
  6. Kemudian tutup api dan tuang ke dalam bekas atau loyang yang disediakn.
  7. Biarkan sejuk di luar seketika, kemudian masukan ke dalam peti sejuk.
  8. Sangat sedap dimakan semasa ia sejuk. Selamat mencuba!

ENGLISH :

Ingredients :

  • Water
  • Agar -agar stripe
  • coconut milk
  • Sugar
  • Flavor syrup rose
  • Salt
  • egg “A”

Ways :

  1. Measure the quantity of agar -agar stripe in one container. Then mark the level of the agar-agar.

Methods or information:

The ratio of this liquid to liquid ratio is 1: 3. Where 1 is the ratio of the order for the agar-agar and 3 to be liquid.

The liquid in this recipe uses:
1/3 is ordinary water
1/3 is syrup
1/3 is coconut milk

  1. Wash and put agar-agar in a pot, then pour 1/3 cup of regular water as well as 1/3 of syrup. Let it boil and stir until it dissolves.
  2. Add sugar. Sugar is one half of the standard benchmark used. However if you like sweet, it can be even more and less if you like less sweet.
  3. In a container of coconut milk, this recipe uses coconut milk and concentrates. Therefore, it is also mixed with the normal water of 1/3. However if you like the lighter taste you can use 1/3 whole coconut milk. Then add 1 egg and salt. stir everything together evenly.
  4. Put the coconut milk mixture into the pot to allow it to simmer. Stir and let it boil.
  5. When boiling stir and let it simmer for a while. It aims to produce beautiful separation of coconut and the syrup.
  6. Then cover the fire and pour it into the prepared container or pan.
  7. Let cool outside for a moment, then put in the refrigerator.
  8. It tastes great when it’s cold. Good luck!

Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

Facebook : https://www.facebook.com/malay.kitchen​

agaragarsantansiraprose​ #agaragarsirap​ #agaragarsirapsimple

adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

3 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

3 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.