Categories: Masakan Melayu

Biskut cornflakes rangup | crunchy dan mudah

Cara buat biskut cornflakes rangup ini mudah dengan sukatan cawan. Biskut cornflakes rangup menggunakan emping jagung ini sangat terkenal semasa musim perayaan.Seronok mengunyah biskut cornflakes ini kerana ia rangup di dalam dan luar. Masih ada masa lagi untuk kita buat sebelum lebaran tiba.

Bahan – bahan.

Bahan A
200 gm mentega
1/2 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh perisa vanila

Bahan B
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
1 cawan emping jagung dikisar halus
2 cawan emping jagung diramas kasar.

Cara – cara :

  1. Masukan mentega dan gula di dalam sebuah mangkuk. Kacau rata. Tidak perlu sehingga kembang. Memadai ia sebati.
  2. Kemudian masukan kuning telur dan perisa vanila. Kacau rata sehingga ia sebati.
  3. Kemudan masukan Bahan B yang telah diayak, sedikit demi sedikit. Kacau rata. Apabila selesai anda akan dapati adunan doh agak lembut dan sedikit melekit. Tidak mengapa , jangan tambah tepung.
  4. Kisar halus 1 cawan emping jagung . 2 cawan emping jagung lagi diramas kasar.
    5.Emping jagung yang halus di masukan ke dalam adunan bancuhan biskut . Kacau rata adunan itu.
  5. Kemudian bentukan adunan berbentuk bulat kecil dan salutkan ia dengan emping jagung kasar.
  6. Susun di dalam loyang dan sedia untuk dibakar. Gunakan suhu 150 selama 30-35 minit.
  7. Apabila ia sejuk sedia untuk dimakan.

Music by :
Suasana Hari Raya Cover by Hendrisaputra present
https://www.youtube.com/watch?v=b1lhCcDd57g

biskutcornflakesrangup​ #biskutcornflakescrunchy​ #malaykitchen

adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

4 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

4 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.