Categories: Masakan Melayu

Cucur Maggi Mudah

Resepi cucur maggi ini sangat mudah dan sedap. Kalini kami kongsi resepi cucur berasaskan mee segera atau maggi. Menu yang sangat mudah dan sedap untuk sarapan atau minum petang. Ia boleh dijadikan menu untuk dimasak bersama anak-anak. Resepi ini boleh dipelbagaikan ramuannya mengikut citarasa sendiri. Ia lengkap dengan protein dan juga nutrisi sayuran. Boleh dinikmati seisi keluarga, tambahan pula ia dihidang semasa masih panas. Sungguh menyelerakan. Pasti cuba ya.

Bahan – bahan :
1 pek mee segerah
5 sudu besar tepung gandum
sedikit bawang besar dipotong dadu
sedikit lobak merah dipotong dadu
sedikit hirisan daun sup
sedikit udang segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Air bersih secukupnya

Cara -cara :

  1. Rendam mee segera dengan air panas selama 2 minit.Kemudian toskan. Masukan ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukan semua bahan lain kecuali air ke dalam mangkuk berisi mee segera. Kacau rata.
    Info : Selain bahan di atas, anda juga boleh masukan pilihan lain seperti isi ayam,sosej,kentang, daun kucai dan sebagainya.
  3. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit dan kacau bancuhan. Sehingga anda dapati semua bahan sudah sebati.
  4. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.
  5. Apabila sudah kekuningan , angkat dan toskan.
  6. Hidangkan semasa ia masih panas bersama secawan teh. Selamat Mencuba.

ENGLISH

This maggi fritter recipe is very simple and tasty. Here we share instant noodle based or noodle recipes. Very easy and tasty menu for breakfast or afternoon tea.

Ingredients:
1 pack of fresh noodles
5 tbsp of flour
a little bit of onion cut into dice
a little bit of carrot
a little slice of soup
some fresh shrimp
pinch of Salt
A little turmeric powder
water

How-to:

  1. Soak instant noodles with hot water for 2 minutes. Put into a bowl.
  2. Put all other ingredients except water into a bowl of instant noodles. Stir well.
    Info: In addition to the above, you can also include other options such as chicken, sausage, potato, chives and etc.
  3. Then add water gradually and stir well. Until you find all the ingredients are well mixed.
  4. Heat oil and ready to fry.
  5. When it is yellow, lift it and pull it out.
  6. Serve while it is hot with a cup of tea. Good luck.

Muzik oleh : Ikson

admin

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

3 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

3 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.