Categories: Menu VIRALMinuman

Homemade BOBA milk Tea | HALAL pearls brown sugar

Assalamualaikum wbt . Hi semua. Apa khabar? Jika berpeluang ke supermarket kerap sekali kita jumpa gerai yang menjual air bersama Boba. Pelbagai perisa dan warna sudah tentu rasanya yang sangat sedap. Ia bukan sahaja digemari oleh orang dewasa malahan kanak-kanak juga suka. Asyik sekali menguyah boba yang teksturnya kenyal tetapi lembut. Tetapi timbul juga keraguan pada kita mengenai kebersihan dan halal homemade boba itu sendiri. Tambahan pula ia kebanyakannya buatan dari luar negara.

Sebenarnya boba boleh dibuat sendiri di rumah. Percaya atau tidak ia sebenarnya mudah sahaja untuk disediakan. Tambahan lagi sudah tentu kebersihan terjamin. Manja kongsi resepi dan cara lengkap untuk memasak boba. Ikut sahaja step di bawah InshaAllah hasilnya nanti sangat memuaskan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat boba milk tea:

  • 2 cawan tepung ubi kayu
  • 2 sudu serbuk coklat
  • 1 cawan air
  • 50 gram gula perang
  • 2 keping gula melaka
  • susu segar
  • susu cair
  • air teh (pati air teh)
  • ais batu

Cara penyediaan :

Bebola BOBA :

  1. Gaulkan tepung ubi kayu dan serbuk coklat. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali atau periuk yang sesuai, masukan 1 cawan air.
  3. Kemudian masukkan 50 gram gula perang ke dalam kuali berisi air tadi. Masak sehingga larut gula perang semuanya.
  4. Kemudian masukkan adunan tepung ubi kayu dan serbuk coklat pula ke dalam kuali itu.
  5. Kacau rata sebentar dengan api yang perlahan sehingga sebati. Tutup api.
  6. Keluarkan adunan yang dimasak di dalam kuali tadi dan masukan ke dalam mangkuk. Sekarang tuang air sedikit sedikit sehingga ia membentuk doh.
  7. Kemudian lenyekkan (canai) doh tadi menjadi nipis dan rata.
  8. Potong adunan yang nipis tadi menjadi bentuk dadu dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  9. Bebola kecil tadi digaulkan bersama dengan tepung ubi.
  10. Didihkan 1 jag air bersih dan rebus bebola kecil tadi. Apabila ia masak ia akan timbul dipermukaan air.

Air gula merah :

Didihkan 2 cawan air bersih. Kemudian masukan 2 keping gula melaka. Masak sehingga larut kepingan gula melaka ni. Setelah larut, masukan bebola boba yang telah direbus tadi. Kacau sebati boba dan air gula merah ini. Tutup api dan sejukan.

Cara hidang Air Boba :

Masukkan boba kedalam gelas. Kemudian isikan susu segar atau susu cair. Isikan pula dengan air teh (pati air teh). Jangan lupa isi kan juga dengan ketulan ais batu.

[english]

Ingredients needed to make boba milk tea:

  • 2 cawan tepung ubi kayu
  • 2 sudu serbuk coklat
  • 1 cawan air
  • 50 gram gula perang
  • 2 keping gula melaka
  • susu segar
  • susu cair
  • air teh (pati air teh)
  • ais batu
  • 2 cups of sweet potato flour
  • 2 tablespoons chocolate powder
  • 1 cup water
  • 50gram brown sugar
  • 2 piece palm sugar
  • fresh milk / condensed milk
  • tea
  • ice cube

preparation method :

  1. Mix together 2 cups of sweet potato flour and 2 tablespoons chocolate powder.
  2. Boiled 1 cup of water.
  3. Put 50 grams of brown sugar into clean water just now
  4. Cook and mix until boiling.
  5. Then add the mixed powder and slow cook together. After 2 to 3 minutes, put all in to a bowl.
  6. Add water gradually and mix until mixture
    become dough.
  7. Slice the dough into thin and flat.
  8. This thinly sliced ​​dough forms a dice.
  9. Then the dice are turned into small ball.
  10. Then, boiled 1 jug of water and put all the small ball (boba) in to it. When the boba cooked it will raise up. (pop up on the boiling water surface).
  11. boil 1 cup jug of water in other pot.
  12. Add 2 pieces of sugar. When sugar dissolved, put all the boba and cooked for a while.
  13. Boba ready to be served.
  14. Put the boba in the glass
  15. Add fresh milk,tea and also ice cubes.

VIDEO STEP BY STEP BOBA HOMEMADE

Boleh tengok video yang Kami kongsikan dibawah, dan jangan lupa subscribe YouTube MALAY KITCHEN untuk mendapatkan Notifikasi Resepi Baru yang Sedap dan mudah. Jangan lupa follow dan like FACEBOOK kami yea.

NAK RESEPI LAGI ? INI ADA YANG LAGI SEDAP

Resepi Cucur badak

Join telegram Malay Kitchen

Join channel telegram Malay Kitchen untuk mendapatkan notifikasi Resepi yang sedap dan Mudah. Klik link ini https://t.me/malaykitchen​

Mohon Klik Bintang Untuk Resepi Terbaik ini
Resepi
homemade boba
Tukang Masak
Tarikh Artikel
Masa Penyediaan
Masa memasak
Sedia dimakan
Resepi terbaik
5 Based on 1 Review(s)
adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

3 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

3 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.