kuih keria lembut gebu | 100% Ubi keledek

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua. Sedar tidak sedar sudah lebih setahun kita seluruh negara khusunya menghadapi pandemik covid19. Banyak masa kita hanya duduk di rumah bersama keluarga menyahut seruan kerajaan untuk kita sama-sama memutuskan rangkaian wabak ini. Semasa kita di rumah banyak sebenarnya aktiviti yang kita dapat lakukan samaada secara sendirian atau pun bersama ahli keluarga. Masa ini lah kita berpeluang melaksanakan hobi atau aktiviti kesukaan kita yang tidak dapat kita lakukan semasa kita sibuk berkerja di luar. Mungkin ada kebanyakan kita yang suka memasak. Jadi boleh lah peluang ini kita ambil untuk cuba resepi baru atau mencuba masak sendiri kuih muih favourite yang selalunya kita beli sahaja. Kali ini untuk peminat kuih yang berasaskan ubi keledek, Manja suka nak berkongsi resepi kuih keria. Kuih ini rangup di bahagian luar dan lembut gebu di bahagian dalamnya. Kuih ini sungguh sedap , rasa ubi keledek yang manis dan harum ini memang antara kuih yang menjadi pilihan kebanyakan masyarakat kita. Buktinya jenguk sahaja kuih muih di gerai atau kedai , kuih keria sememangnya antara kuih yang laris jualannya.

Mudah sahaja sebenarnya cara untuk memasaknya. Hanya menggunakan ubi keledek dan tepung gandum sebagai bahan asasnya. Dengan gabungan sukatan yang betul , kita pasti dapat menghasikan kuih keria yang sempurna.

Bahan keria :

  • 500gram (3 biji saiz sederhana) ubi keledek manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Gula

  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan air

Cara- cara :

  1. Rebus atau kukus ubi keledek sehingga empuk. Kemudian tapis (jika rebus) dan masukan ia ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Lenyekan ubi keledek ini semasa ia masih panas. Lenyekan sehingga semua ubi keledek ini lumat. Kemudian ketepikan biarkan ia sejuk.
  3. Apabila ia sudah sejuk, Masukan tepung gandum dan sedikit garam. Gaul adunan ini sehingga semuanya sebati.
  4. Kemudian, celup jari kita sedikit dengan minyak masak, ambil sedikit doh ubi keledek tadi dah bentukan seperti donut. (cincin). Buat sehingga semua doh habis.
  5. Apabila minyak untuk menggoreng sudah panas, bolehlah mula menggoreng . Goreng sehingga kuih ini betul-betul masak ya. Ini akan memastikan kuih keria ini kekal bulat dan tidak leper nanti. Ketepikan dahulu kuih yang dah siap digoreng ini.
  6. Di dalam kuali yang lain, masak gula bersama dengan air.
  7. Masak semua bahan sehingga ia berbuih-buih dan likat. Kemudian perlahankan sedikit api.
  8. Kemudian , Masukan kuih keria yang sudah siap digoreng tadi.
  9. Kacau dan pastikan kuih keria ini keseluruhan disalut dengan gula . Apabila kuih sudah mula bersalut gula boleh tutup api. Angkat dan boleh dihidangkan.

{ENGLISH}

kuih keria soft fluffy and how to make kuih keria ubi keledek traditional.
how to make this sweet potato cake using a simple and delicious traditional recipe. This soft and fluffy sweet potato cake is suitable to be served in the morning or evening. Let’s cook.

Kuih ingredients:

500 grams (3 medium-sized seeds) sweet sweet potatoes
1 cup wheat flour
1 teaspoon salt

Sugar Ingredients
1/4 cup sugar
1/4 cup water

Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kuihkeria​ #keriakeledek​

adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

3 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

3 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.