Hi semua. Kali ini kami kongsi cara masak kuih keria asli yang sangat sedap. Kuih keria sememangnya tidak asing lagi dikalangan masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi. Kuih ini berasaskan ubi keledek dengan sedikit campuran tepung yang menghasilkan kuih yang sungguh sedap rasanya. Ubi keledek pula senang untuk didapati malah terdapat di kedai runcit sekalipun. Jadi jika kita teringin untuk membuatnya sendiri memang tiada masalah. Kami kongsi bahan dan cara lengkap untuk memasak kuih keria ini. Boleh tonton di dalam video yang kami sediakan untuk cara masak dengan lebih jelas. Mesti cuba ya.

BahanĀ  keria :

500gram (3 biji saiz sederhana) ubi keledek oren

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

Bahan Gula

1/4 cawan gula

1/4 cawan air

Cara- cara :

  1. Rebus ubi keledek sehinga empuk. Kemudian toskan.
  2. Lenyek ubi keledek sehingga ia hancur dan halus. Biarkan ia sejuk seketika.
  3. Kemudian masukan tepung dan sedikit garam bersama ubi keledek lenyek tadi. Gaul rata
  4. Kemudian bentukan doh ubi keledek tadi ke bentuk gelang.
  5. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.
  6. Goreng kuih keria tadi sehingga ia betul masak. Angkat dan toskan.
  7. Di dalam kuali yang lain, masak gula dan air sehingga ia berbuih2 dan agak likat. Kemudian masukan semua kuih keria yang siap digoreng tadi. Jangan tutup api lagi.
  8. Kaup balik ia didalam buih air gula tadi sehingga terhasil kristal kristal gula yang bewarna putih mula menyaluti kuih keria. tutup api dan masih kaup balik sehingga keseluruhan kuih keria sudah disaluti gula.
  9. Kuih keria sedia untuk dihidangkan. Hasilnya kuih keria yang rangup diluar dan lembut didalamnya. Rasanya pula sungguh sedap. Rasa sebiji mesti hendak lagi. Cuba buat sendiri ya.

Music by : Ikson

manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

4 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

4 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.