Resepi apam kampung lembut sukatan cawan ini adalah cara mudah buat apam kampung . Apam kampung lembut adalah menu yang disukai kebanyakan kita. Resepi apam kampung mesti jadi ini menggunakan bahan yang mudah sahaja. Hasilnya apam kampung yang gebu berongga dan sedap sekali rasanya. Lebih sedap lagi dimakan bersama kelapa bergaram. Jom kita cuba!

Bahan-bahan apam kampung

1 cawan air suam
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering (1/2 paket yis 11gram)
kelapa parut
garam

Cara – cara

  1. Masukan air suam dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kacau sehingga larut.
  2. Masukan pula tepung dan yis kering. Whisk adunan sehingga sebati. Jika adunan terlalu likat, tambahkan air sedikit lagi.
  3. Sediakan loyang 6inci yang disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang. Apabila pengukus sudah panas, boleh masukan loyang tadi.
  5. Kukus dengan api kuat selama 30 minit.
    Hasilnya kuih apam bewarna putih bersih yang gebu dan sedap. Hidangkan dengan kelapa parut bergaram, menambahkan lagi keenakan apam kampung ini.

{ENGLISH}

Ingredients:
1 cup warm water
1/2 cup sugar
1 1/2 cups whole wheat flour
1 tablespoon dry yeast (1/2 packet of 11gram yeast)
grated coconut
salt
Ways:

  1. Put warm water and sugar in a bowl. Stir until dissolved.
  2. Add flour and dry yeast. Whisk the batter until well combined. If the dough is too viscous, add a little more water.
  3. Prepare a 6-inch pan lined with a little cooking oil.
  4. Pour the batter into a baking dish. When the steamer is hot, you can insert the pan.
  5. Steam over high heat for 30 minutes.
    The result is a clean white fluffy apam cake that is fluffy and delicious. Serve with grated salted coconut, adding to the delicacy of this village.

Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.

Resepi apam kampung versi gula merah

Mohon Follow Malaykitchen di Facebook :
https://www.facebook.com.my/malay.kitchen

Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

4 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

4 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.