Resepi buah Melaka Warna Warni

cara buat buah melaka warna warni sukatan cawan ini simple.

resepi buah melaka warna warni ini mudah guna kukus. buah melaka warna warni yang terhasil pasti sedap dan lembut. Resepi Buah Melaka Pelangi

Bahan – bahan 2 Cawan Tepung Pulut 2 Sudu Besar Tepung Gandum 1 1/2 Cawan Air suam 1 keping gula merah 2 Cawan Kelapa Parut Garam Pewarna Makanan Daun Pandan Cara – cara :

1. Masukan sedikit garam ke dalam bekas yang mengandungi air suam. Kacau sebati. Ketepikan.

2. Di dalam sebuah mangkuk, masukan tepung pulut dan tepung gandum. Kemudian masukan air suam dan garam tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga membentuk adunan.

3. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.

4. Masukan pewarna dan uli lagi sehingga semua adunan sudah sekata warnanya. 5. Potong 1 keping gula melaka dalam bentuk dadu yang kecil.

6. Cubit sedikit adunan dan tekan sedikit di bahagian tengah. Isikan dengan gula melaka tadi. kemudian ulikan dengan dua tangan sehingga ia berbentuk bulat dan menutupi keseluruhan gula melaka.

7. Sediakan air di dalam periuk untuk merebus buah melaka. Masukan sehelai daun pandan bertujuan memberi rasa dan aroma yang lebih wangi pada buah melaka.

8. Pastikan air sudah panas dan masukan buah melaka. Gunakan api yang sederhana. Apabila buah melaka masak, ia akan timbul di permukaan. Boleh angkat dan tapiskan.

9. Di dalam sebuah bekas, sediakan kelapa parut yang telah dikukus bersama garam dan daun pandan. Ini akan mengelakan buah melaka cepat basi.

10. Salutkan buah melaka dengan kelapa parut itu.

11. Sedia untuk dihidang. Bukan sahaja warna warni buah melaka yang sangat menarik untuk dimakan, tetapi rasanya yang lembut dan cair dimulut sangat menyelerakan. Selamat Mencuba!

This website uses cookies.