Categories: Masakan Melayu

Resepi Kek Sarang Semut | Berongga dan Lembut

Resepi kek sarang semut atau kek gula hangus adalah kek klasik yang sehingga hari ini ramai yang menggemarinya. Resepi kek sarang semut ini boleh dibakar atau dikukus. Mungkin geram dan suka melihat tekstur kek sarang semut yang berongga penuh betul seperti sarang semut, cantik sungguh. Ibu-ibu boleh cuba buat aktiviti kek sarang semut ini bersama anak-anak. Mereka mesti teruja.Bahannya mudah dan senang untuk dimasak. Cuba ya.

Resepi Kek Sarang Semut
Bahan – bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas
1/3 cawan marjerin
4 biji telur A
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara – cara :

  1. Sediakan kuali/periuk. Masukan gula. Masak sehingga gula bertukar keperangan dan larut.
  2. Kemudian masukan air panas dan kacau sebati. TUTUP API.
  3. Masukan marjerin dan biarkan ia larut. Kemudian biarkan adunan gula (karamel) sejuk sepenuhnya.
  4. Di dalam sebuah mangkuk, masukan telur, susu pekat dan esen vanila. Pukul adunan dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  5. Kemudian masukan pula tepung gandum dan soda. (ayak). P/s : Whisk adunan ini secara perlahan sahaja.
  6. Kemudian masukan pula adunan karamel yang telah sejuk. P/s : Whisk adunan dengan perlahan sehingga semuanya sebati.
  7. Tapis adunan ke dalam sebuah mangkuk yang lain dan perap . Minimum 2 jam.
  8. Kemudian sedian loyang yang dioles dengan minyak dah dilapik dengan baking paper.
  9. Tuang adunan dan boleh masukan ke dalam oven. Bakar pada suhu 140 darjah dengan api bawah sahaja lebih kurang 1 jam.
  10. Hasilnya kek sarang semut yang berongga cantik dan perisa karamel yang sangat sedap.

Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.

video HD boleh juga ditonton di :
https://www.facebook.com/malay.kitchen

Music by : Ikson

malaykitchen #keksarangsemut #kekgulahangus

admin

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

3 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

3 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.