Resepi kuih lapis labu

Resepi Kuih Lapis Labu Kuning yang sedap dan lembut dengan sukatan cawan. Kuih lapis sinonim antara kuih kegemaran masyarakat Malaysia dari dahulu lagi. Terbayang kuihnya yang berlapis dan rasanya yang lembut. kuih lapis labu ini lapisannya putih dan kuning keemasan. Menarik kan. Ia nya daripada labu kuning yang manis. Rasa kuih lapis labu kuning ini sedap berlemak dan tekstur lembut seperti kebiasaannya. Mesti cuba ya!

Bahan – bahan :
Bahagian lapisan putih :
1 cawan santan
2 cawan air
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1/2 gula
sedikit garam

Bahagian Kuning :
1 cawan labu kuning dilenyek (125gram)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan air
sedikit garam
1/4 adunan lapisan putih
Sedikit pewarna makanan kuning

Cara – cara :

  1. Masukan semua bahan lapisan putih ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
  2. Tuang 3/4 adunan ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
  3. Di dalam pengisar dengan 1/4 baki adunan lapisan putih , kemudian masukan semua bahan lapisan kuning. Kisar sebati.
  4. Sediakan loyang, oleskan dengan sedikit minyak masak. (Boleh juga dilapik dengan plastik.
  5. Panaskan loyang sebentar di dalam pengukus.
  6. Sendukan adunan putih (3-4 senduk). Kemudian kukus selama 5 minit.
  7. Kemudian sendukan pula adunan kuning dan kukus 5 minit lagi.
  8. Ulang bahagian ini sehingga habis adunan atau sehingga ketinggian kuih yang kita mahu.
  9. Selesai lapisan terakhir, kukus lagi selama 20-25 minit.
  10. Apabila sudah masak, pastikan kuih lapis labu kuning ini sejuk dahulu sebelum dipotong.
  11. Hasilnya kuih lapis labu yang sangat cantik apa lagi sedap dengan rasa lemak dan labu manis.
    Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.

video HD boleh juga ditonton di :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kuihlapislabukuning​ #kuihlapis​

adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

4 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

4 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.