resepi kuih talam gula merah

resepi kuih talam gula merah. Kuih talam mempunyai pelabagai versi dari segi rasa dan warna. Kali ini kami kongsi resepi kuih talam gula merah. Menggunakan bahan yang mudah dan senang untuk dimasak. Kombinasi aroma gula merah dengan lemak masin sungguh sedap. Tambahan ia dihidang bersama secawan kopi o panas. Mesti cuba ya.

Resepi Kuih Talam Gula Merah

Bahan Lapisan Bawah
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih (lebihkan, resepi ini kurang manis)
2 cawan air
1 cawan santan cair
sedikit garam

Cara :

  1. Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga semua sebati.
    P/s : Jika anda mengguna gula merah timbang, masak dahulu dengan 1 cawan air kemudian tapis dahulu sebelum kisar).Ini untuk pastikan tiada bendasing lain di dalam gula merah)
  2. Oleskan sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan ke dalam loyang (tapis) . Kemudian kukus selama 20minit.

Bahan Lapisan Atas (Putih)
1 cawan tepung beras
2 cawan air
1 cawan santan pekat
sedikit garam

Cara :
1.Masak sebentar semua bahan di dalam periuk sehingga naik wap.
2.Tuang ke atas lapisan gula merah tadi.

  1. Kukus selama 25-30 minit.
    4 Biarkan ia sejuk dahulu sebelum di potong.

Resepi Penuh juga ada di Youtube kami :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kuihtalamgulamerah​ #kuihtalam​ #KuihTradisional​ #kuihtradisionalmelayu​

adik manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

4 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

4 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.