Categories: Masakan Melayu

Resepi Kuih Tepung Bungkus

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Kali ini Manja nak kongsi satu lagi kuih orang lama dan digemari oleh orang muda . Jika kuih ini dijual di gerai atau kedai, memang licin cepat jualannya. Kuih yang Manja maksudkan ialah tepung bungkus. Jujurnya kuih ini adalah antara favourite Manja. Tambahan jika dimakan semasa ia masih panas. Memang bertambah-tambahlah jawabnya. Kuih ini sempurna gabungan antara lemak masin santan luarnya dan juga intinya yang lemak manis. Tekstur kuih yang kenyal di bahagian isi dan lembut di bahagian luar memang nikmat sungguh menghabiskan sehingga suapan terakhir. Jom Manja kongsi resepi tepung bungkus sukatan cawan yang mudah untuk anda ikut. Kuih Tepung bungkus resepi mungkin boleh diubah sedikit mengikut citarasa kita sendiri daripada segi manis , lemak dan masin. Tepung bungkus selalunya dibungkus dengan daun pisang, tepung bungkus tanpa daun pisang mungkin kurang sedikit daripada segi aroma kuih tersebut.Berikut ialah resepi dan cara buat tepung bungkus .

Bahan – bahan kuih tepung bungkus

Bahagian A (inti merah)

  • 2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan air gula merah
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum

Bahan B (inti putih)

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • air secukupnya

Bahan C (badan)

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • sedikit garam

Cara – cara :

  1. Bahagian A :

Masukan kelapa parut, air gula merah dan gula ke dalam sebuah periuk. Kacau rata dan masak di atas api yang sederhana. Kemudian apabila sebati, masukan tepung gandum dan kacau rata. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

2. Bahagian B:

Masukan semua bahan B ke dalam sebuang mangkuk atau bekas. Uli adunan sehingga ia menjadi doh. Masukan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan dan membentuk doh. (anggaran 3/4 cawan).

3. Bahagian C :

Sediakan sebuah periuk. Masukan semua bahan C dan kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul. Apabila semuanya sudah rata, buka api dan masak sehingga ia menjadi adunan yang likat.

4. Untuk bahagian inti tepung bungkus, ambil sedikit daripada doh bahagian B, isikan dengan sedikit inti kelapa di tengahnya dan bentukan ke bentuk bulat seperti buah melaka.

5. Sediakan daun pisang( Sudah dilayur). Ambil 2 sudu adunan bahagian C dan letakan dibahagian tengah, ambil pula 2 biji inti dan letakan di atas adunan C. Kemudian lipat kemas daun pisang tersebut.

6. Kukus dengan api sederhana kuat selama 20-25 minit.

Hasilnya kuih tepung bungkus yang sangat berkrim, kombinasi manis, lemak masin dan teksturnya yang pelbagai sangat menyelerakan.

Resepi apam kampung gula merah

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
https://www.youtube.com/c/malaykitchen

Mohon Follow MALAY KITCHEN di FB :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

Untuk melihat cara yang lebih jelas boleh tonton video di bawah :

manja

Recent Posts

Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP… Read More

3 years ago

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung… Read More

3 years ago

Resepi puding jagung | Gedik2 Lembut dan Sedap

Resepi puding jagung Kastard | Gedik2 Lembut dan Sedap.Kali ini MalayKitchen suka nak kongsikan Resepi… Read More

4 years ago

Resepi kuih kaswi pandan Sukatan cawan

Resepi mudah kuih kaswi pandan yang gedik lembut dan sedap. Kuih Kaswi pandan antara kuih… Read More

4 years ago

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di… Read More

4 years ago

Apam karamel kukus | Tanpa Telur | Gebu Gebas

Apam karamel kukus mekar dan Gebu Gebas. Resepi ini istimewa kerana ia tanpa telur dan… Read More

4 years ago

This website uses cookies.