Resepi kuih cara manis lembut cara mudah dengan sukatan cawan. Kuih Cara ini adalah antara kuih tradisi kegemaran ramai. Rasa Kuih cara yang lemak, lembut, garing pasti menyelerakan.
Bahan-Bahan :
1 Cawan tepung gandum
1 cawan air Pandan
1/2 cawan santan
1/2 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna makanan (Hijau)
Cara-cara membuat kuih cara Manis:
- Masukkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan santan, 1/2 cawan santan, 1/2 biji telur, sedikit garam dan pewarna makanan kedalam mangkuk.
- Kacau rata semua bahan, Ketepikan.
- Panaskan Acuan Kuih cara dan sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan badan kuih cara.
- Masukkan sedikit Gula.
- Tutup Acuan dan biarkan sehingga masak. Anggaran 5 minit.
Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen premiere untuk video seterusnya.
video HD boleh juga ditonton di :
https://www.facebook.com/malay.kitchen
Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson