Kuih sagu merah

Kuih sagu merah antara kuih yang popular dikalangan masyarakat Malaysia. Kuih sagu selalunya bewarna merah dan disaluti dengan kelapa parut. Kuih yang 100 peratus berasaskan sagu ini dipanggil dengan nama Kuih Sagu Merah atau kuih sagu mata ikan atau kuih sagu delima. Ia manis dibahagian badannya dan dimakan dengan kelapa parut mewujudkan rasa lemak masin. Teksturnya yang berbiji-biji lembut dan kenyal ditambah dengan aroma sirap ros yang wangi , tertanya sungguh menyelerakan.

Bahan-bahan :
2 cawan sagu
4 cawan air
1 sudu besar pati sirap ros
1 helai daun pandan
1 cawan gula pasir (kami menggunakan 1/2 sahaja kerana mahu kurang manis)
Bahan-bahan untuk salutan kelapa:
1/2 biji kelapa parut putih
½ sudu kecil garam

Cara – cara :

  1. Sediakan sebuah periuk/ kuali , masukan air, gula, pati sirap ros dan daun pandan. Biarkan ia mendidih.
  2. Setelah sagu dicuci bersih, masukan ke dalam didihan air tadi. Masak sehingga sagu kembang. Di sini kelihatan butiran sagu yang masih putih. Tutup api.
  3. Sediakan acuan (jika ada) atau pun loyang.
  4. Sendukan adunan kuih sagu tadi ke dalam acuan atau pun loyang (loyang 9inci).
  5. Kemudian panaskan pengukus dan kukus kuih sagu tadi lebih kurang 15minit atau sehingga hilang warna putih pada sagu. Angkat dan sejukan.
  6. Kukus sebentar kelapa parut dan kemudian perasakan dengan sedikit garam.
  7. Kuih sagu yang telah sejuk tadi, keluarkan daripada acuan atau potong kecil jika menggunakan loyang.
  8. Salutkan dengan kelapa parut bergaram.
  9. Hasilnya kuih sagu yang lembut tp kenyal, dan rasanya yang sungguh sedap.

{ENGLISH}

Red sago cake One of the popular cakes among the Malaysian community. Sago cakes are usually red in color and coated with grated coconut. This 100 percent sago-based cake is called Kuih Sagu Merah or kuih sago mata ikan or kuih sagu delima. It is sweet on the body and eaten with grated coconut creates a taste of salty fat. The texture of the seeds is soft and chewy, coupled with the aroma of fragrant rose syrup, which is very appetizing.

Ingredients:
2 cups sago
4 cups water
1 tablespoon of rose syrup starch
1 pandan leaf
1 cup granulated sugar (we use only 1/2 because we want less sweet)
Ingredients for coconut coating:
1/2 grated white coconut seeds
½ teaspoon of salt

Ways:

  1. Prepare a pot / pan, add water, sugar, rose syrup essence and pandan leaves. Let it boil.
  2. After the sago is washed clean, put it in boiling water. Cook until the sago is fluffy. Here are the sago details that are still white. Turn off the heat.
  3. Prepare a mold (if any) or even a tin.
  4. Spoon the sago cake batter into a mold or baking sheet (9 inch baking pan).
  5. Then heat the steamer and steam the sago cake for about 15 minutes or until the white color on the sago disappears. Lift and cool.
  6. Steam the grated coconut for a while and then season with a little salt.
  7. Sago cake that has cooled earlier, remove from the mold or cut into small pieces using a baking sheet.
  8. Coat with salted grated coconut.
  9. The result is sago cake that is soft but chewy, and it tastes really good.

Mohon Follower MALAY kitchen Facebook :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kuihsagumerah​ #resepikuihsagumerah

2 thoughts on “Kuih sagu merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.