Kuih kacang hijau rangup

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Manja harap anda semua sihat dan masih kekal menjaga SOP dan sentiasan mengamalkan cara hidup sihat. Masak apa hari ni di rumah? Jom Manja kongsi resepi kuih yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita iaitu Kuih kacang hijau atau kuih kasturi. Ada lagi beberapa nama untuk kuih ini, tapi cukup la Manja panggil sebagai kuih kacang atau kasturi dan rasanya semua kenal dengan kuih ini kan. Sudah tentu ia berasaskan kacang hijau dan ditambah dengan beberapa bahan lain bagi tujuan menambah kelazatan kuih ini. Kuih ini rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalamnya. Mudah sahaja untuk memasaknya. Jom masuk dapur kita cuba buat sendiri.

Bahan-bahan:

  • 200 gram kacang hijau (1 cawan)
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit garam

Cara – cara :

  1. Rendam kacang hijau 7-8 jam atau semalaman.
  2. Rebus kacang hijau bersama air.
  3. Apabila air sudah kering, kecilkan api dan masukan tepung gandum, gula, kelapa parut dan garam. Kacau rata dan tutup api. Biarkan ia sejuk.
  4. Oleskan tangan dengan sedikit minyak masak dan bentukan adunan kacang hijau tadi bulat dan leperkan. Buat mengikut saiz yang kita mahu. Jangan terlalu tebal ya supaya ia rangup apabila digoreng bersama tepung nanti.
  5. Untuk salutan luar kuih pula, Sediakan sebuah bekas, masukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam. kemudian masukan 1 cawan air dan kacau sehingga semua bahan sebati. pastikan adunan ini tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali dan sedia untuk menggoreng. Celupkan adunan kacang hijau tadi ke dalam tepung bancuhan dan boleh mula menggoreng. Angkat kuih apabila ia sudah mula kekuningan dan sedikit garing.

Resepi ini boleh menghasilkan 13-15 biji kuih.

Hasilnya kuih yang rangup diluar dan lembut di dalamnya. Rasa nya juga sedap. Sesuai di makan sarapan atau minum petang.

{ENGLISH}

Green bean cake or musk cake. Hi everyone. This time spoiled share a recipe for green bean cake or another name for musk cake. This cake is based on soft boiled green beans and fried in flour. This cake is no stranger to fans of traditional cakes. It’s easy to cook. Let’s go into the kitchen.

Musk / green bean cake recipe

Ingredients:

200 grams of green beans
3 cups water
1/2 cup sugar
1/2 cup grated coconut
1/3 cup whole wheat flour
a little bit of salt

1 cup wheat flour
1/4 cup rice flour
a little turmeric powder
a little bit of salt

Ways:

  1. Soak green beans for 7-8 hours.
  2. Boil green beans with water.
  3. When the water is dry, reduce the heat and add the wheat flour, sugar, grated coconut and salt. Stir well and turn off the heat. Let it cool.
  4. Rub the hands with a little cooking oil and form the green bean dough round and flatten.
  5. Prepare a container, add wheat flour, rice flour, turmeric powder and salt. then add 1 cup of water and stir until all ingredients are well blended. make sure the dough is not too liquid or too thick.
  6. Heat oil in a pan and ready to fry. Dip the green bean batter into the flour mixture and start frying.

This recipe can produce 13-15 cakes.

The result is a crunchy cake on the outside and soft on the inside. The taste is also delicious. Suitable for breakfast or afternoon tea.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
https://www.youtube.com/c/malaykitchen

Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kuihkacanghijau​ #kuihkasturi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *