Puding roti zebra

Puding Roti zebra

Resepi puding roti zebra yang menggunakan bahan bahan mudah didapati dan senang untuk di masak. Kali ini kami sajikan puding roti yang menampilkan corak berbelang belang yang sangat cantik. Puding roti zebra ini sedap dihidangkan ketika sejuk dengan rasanya yang lembut dan sedap.


Bahan – bahan puding roti zebra:

Bahan A

4 keping roti
1/2 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil perisa vanila
3/4 cawan susu cair / susu segar
1/3 cawan susu pekat

Bahan B
3 cawan air
1/2 cawan gula
10 gm agar agar (1 paket agar agar serbuk)
2 sudu besar mentega

Bahan C
2 sudu besar serbuk koko
air panas

Cara -cara

1. Potong dan buang sedikit bahagian tepi roti. Ini bertujuan untuk mendapatkan warna bancuhan yang putih semuanya.


2. Masukan semua Bahan A ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
3. Setelah itu masukan ke dalam periuk/kuali, bancuhan yang telah dikisar tadi. Hidupkan api perlahan.
4. Kemudian masukan 3 lagi cawan air, gula dan serbuk agar agar. kacau rata bancuhan itu.
5. kemudian masukan mentega. kacau rata supaya semua bahan larut dan sekata.
5. Biarkan ia mendidih sebentar , kemudian boleh tutup api. Bancuhan puding roti sudah siap.
6. Di dalam mangkuk lain, bancuh serbuk koko bersama sedikit air panas.
7. Ambil sebahagian bancuhan puding roti asingkan ke dalam sebuah mangkuk. Masukan bancuhan serbuk koko ke dalamnya.
8. Sediakan bekas untuk puding roti. Untuk lapisan pertama sendukan bancuhan puding koko di tengah bekas. Kemudian sendukan pula bancuhan puding putih di tengah bancuhan koko tadi.
9. Lakukan ini berselang seli sehingga semua bancuhan habis.
10. Biarkan ia sejuk sebentar, kemudian masukan ke dalam peti sejuk.
11. Setelah 2 jam, ia sudah keras dan sedia untuk dihidang. Anda pasti teruja dengan corak berbelang yang sangat cantik.
Selamat Mencuba !

Resepi puding jagung Gedik2 Lembut

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *