Kek hujan panas

Kek hujan panas, kek kampung gebu dan sedap

Hi semua. Kali ini MALAY kitchen suka nak kongsi resepi kek hujan panas kek kampung gebu dan sedap. Sama juga seperti nasi hujan panas, yang bewarna warni begitulah juga kek ini. Selain itu rasa lemak manis dan tekstur kelapa parut di dalamnya menambah nilai untuk kek yang sedap ini. Tambahan lagi esen ros yang digunakan membuatkan kek hujan panas ini sungguh harum. Boleh cuba resepi yang mudah ini dan dijamu pada keluarga dan sahabat. Pasti mereka teruja. selamat mencuba.

Bahan-bahan kek hujan panas

  • 1 cawan mentega (200gram).
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 1 sudu besar ovalette.
  • 3 biji telur A.
  • 1/4 cawan santan pekat.
  • 1 sudu kecil perisa ros.
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
  • 1/2 cawan kelapa parut.
  • pewarna makanan

Cara-cara

  1. Masukan mentega, gula dan ovalette ke dalam mangkuk dan whisk sehingga ia kembang. (adunan menjadi warna putih kekuningan) .
  2. Kemudian masukan telur, santan dan esen ros. Pukul sehingga ia sebati.
  3. Kemudian masukan tepung naik sendri yang telah diayak. Kaup balik adunan sehingga rata semuanya.
  4. Asingkan kelapa parut kepada beberapa bahagian dan warnakan ia mengikut warna yang kita suka. Cadangan : 4 warna (merah, hijau, oren dan kuning).
  5. Kemudian masukan kelapa parut bewarna tadi ke dalam adunan kek. Kaup balik sehingga semuanya sebati.
  6. Sediakan loyang bersaiz 6inci dan oleskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas baking.
  7. Tuang adunan kek dan boleh la bakar dengan suhu 160 selama 1 jam atau sehingga masak. ( laraskan mengikut oven masing-masing).
    Hasilnya kek hujan panasyang sungguh cantik penuh dengan warna warni. Tambahan pula aroma esen ros menambah selera kepada kek ini.

Resepi kek vanilla yang paling mudah gebu dan sedap

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
https://www.youtube.com/c/malaykitchen

Mohon Follow MALAY KITCHEN di FB :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

Mohon Klik Bintang Untuk Resepi Terbaik ini
recipe image
Resepi
Kek Hujan Panas
Tukang Masak
Tarikh Artikel
Masa Penyediaan
Masa memasak
Sedia dimakan
Resepi terbaik
51star1star1star1star1star Based on 1 Review(s)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *