kek marble oren coklat

Kek marble oren coklat | Resepi Mudah dan Gebu

Kek marble oren coklat adalah gabungan perisa oren dan coklat sangat serasi lebih lagi di dalam manisan seperti biskut dan kek. Kali ini @MALAY kitchen kongsi resepi Kek marble oren coklat yang sangat sedap, cantik bercorak dan harum baunya. Mesti cuba ya.

Cara – cara:

Resepi kek marble oren coklat :

Bahan – bahan :
1 cawan mentega (200gram)
1/2 cawan gula halus
3 biji telur A
1 sudu teh perisa oren (sunquick)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko
pewarna makanan – oren

  1. Masukan gula dan mentega di dalam sebuah bekas dan pukul sehingga ia kembang.
  2. Kemudian masukan telur dan perisa oren. Pukul lagi adunan sehingga ia sebati.
  3. Masukan tepung naik sendiri dan kaup balik adunan. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. 1 bahagian ditambahkan dengan pewarna makanan oren.
  5. 1 adunan lagi ditambah dengan serbuk koko.
  6. Sediakan loyang bersaiz. 6inci dan isikan Adunan secara berselang seli dan mengikut kreativiti anda.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama ~45 Minit atau sehingga kek masak.
    Hasilnya kek oren yang sangat harum baunya, bercorak cantik dan rasanya yang sungguh sedap.

{ENGLISH}

chocolate orange marble cake is a combination of orange and chocolate flavors very compatible even in sweets like biscuits and cakes. This time @MALAY kitchen shared a recipe for chocolate orange marble cake that is very tasty, beautifully patterned and fragrant. Must try yes.

Brown orange marble cake recipe
Ingredients:
1 cup butter (200gram)
1/2 cup caster sugar
3 eggs A
1 teaspoon orange flavor (sunquick)
1 1/2 cups of self-rising flour
3 tablespoons cocoa powder
food coloring – orange

Ways:

  1. Put sugar and butter in a container and beat until fluffy.
  2. Then add the eggs and orange flavor. Beat the batter again until well combined.
  3. Add the flour on your own and bake the dough back. Then divide the dough into 2 parts.
  4. 1 part added with orange food coloring.
  5. 1 more batter added with cocoa powder.
  6. Prepare a sized tin. 6 inches and fill the dough alternately and according to your creativity.
  7. Bake at 160 for ~ 45 Minutes or until cake is cooked through.
    The result is an orange cake that smells very good, has a beautiful pattern and tastes really good.

Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
https://www.youtube.com/c/malaykitchen

Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kekoren​ #kekorensunquick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *