Resepi seri muka labu kuning Traditional. Resepi Kuih seri muka labu kuning yang menggunakan sukatan cawan. Istimewanya resepi ini menggunakan labu kuning yang manis dan sangat sedap rasanya. Dibahagian bawahnya ialah pulut yang sama seperti kuih seri muka yang lain, cuma kali ini dibahagian atas atau kepalanya menggunakan labu kuning manis. Hasilnya seri muka labu kuning keemasan yang sangat cantik warnanya serta kombinasi rasa labu kuning yang manis, santan, garam dan pulut sangat sedap dan menyelerakan. Jom kita tengok resepi.
Bahan pulut 😘 :
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
sedikit garam
Bahan kepala 😘:
1 cawan labu kuning yang dilenyek (500gram labu kuning)
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
Cara membuat bahagian pulut :
- Rendam pulut selama 3jam. Kemudian basuh dan toskan.
- Masukan beras pulut ke dalam loyang , santan bergaram dan juga sehelai daun pandan.
- Kukus selama 30 minit.
- Kemudian kaup baik pulut dan mampatkan sehingga paras separuh loyang. Ketepikan.
Cara membuat bahagian kepala :
- Kukus labu kuning sehingga empuk. Toskan dan lenyekan.
- Sediakan pengisar. Masukan semua bahan-bahan untuk bahagian kepala ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati.
p/s : cadangan menggunakan 1/2 cawan gula. Kami menggunakan hanya 1 sudu besar kerana mahukan rasa yang kurang manis). - Kemudian, tuang adunan ini ke dalam loyang (atas pulut yang dimampatkan).
- Kukus dengan api yang sederhana kuat selama 1 jam.
Setelah masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum dipotong. Hasilnya kuih seri muka labu kuning yang lembut, sedap ,berlemak dan pastinya cantik kuning keemasan.
Selamat mencuba!
Resepi Penuh juga ada di Facebook kami :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​
Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​