kek kurma sedap

Resepi Kek Kurma

Banyak KURMA lebih dirumah ?

Jom masuk dapur
Resepi kek kurma ini sangat mudah untuk dibuat. Menggunakan kurma sebagai bahannya dan juga beberapa bahan asas untuk membuat kek yang lain.

Bahan – Bahan :

Bahan A :
3 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor

Bahan B :
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil serbuk soda (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)

Bahan C :
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil perisa vanila
1 cawan kurma yang telah diracik halus(6-8 biji)

Cara – cara:
1. KIsar Bahan A sehingga kembang dan sekata.


2. Masukan Bahan B ke dalam sebuah bekas.


3. Masukan Bahan A yang dikisar tadi dan Bahan C (kecuali kurma)ke dalam bekas yang mengandungi Bahan B. Kaup balik adunan sehingga sebati.


4. Kemudian masukan kurma yang diracik tadi.Kaup balik rata.


5. Sapukan loyang kek dengan marjerin dan alaskan bahagian bawahnya dengan kertas.
6. Tuang adunan kek kurma ke dalam loyang.


7. Hiaskan bahagian permukaan kek dengan hirisan kurma dan sedikit cip coklat.


8. Kek ini boleh dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 150 selama 50 minit atau kukus selama 35-40 minit atau sehingga masak. Boleh cucuk dengan lidi untuk pastikan kek betul masak apabila tiada adunan melekat pada lidi.
9. Setelah siap anda akan dapati hasil kek yang sangat lembut dan sedap. Sesuai dijadian sebagai juadah minum petang . Selamat Mencuba!.

Leave a Reply

Your email address will not be published.