Resepi agar agar lumut ini atau nama lain agar agar lumut pandan. cara buat agar agar lumut pandan sangat mudah dan agar agar lumut pandan ini sedap menggunakan santan dan agar agar tali sebagai bahan asas..
Bahan – Bahan:
7-8 keping daun pandan
10 gm agar agar tali
5 cawan Air
1 cawan gula
1 cawan santan
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Pewarna makanan hijau
maklumat : Resepi ini menggunakan 10gm agar agar tali dengan sukatan saiz cawan yang sederhana. Jika anda menggunakan 20-25 gm (1 paket) agar agar tali, gunakan saiz cawan yang lebih besar.

Cara – cara:
1. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air. Setelah itu tapis untuk mendapatkan 1 cawan air pandan.
2. Masukan agar agar tali yang telah dibasuh ke dalam periuk.
3. Masukan 4 cawan air .
4. Masukan 1 cawan air pandan. Didihkan campuran tersebut sehingga agar agar tali larut.
5. Kemudian masukan 1 cawan gula dan biarkan ia larut.
6. Di dalam bekas yang lain, masukan telur, 1 cawan santan dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
7. Kemudian masukan di dalam periuk yang mengandungi agar agar tadi. Tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menghasilkan agar agar lumut yang lebih cantik.
8. Biarkan ia mendidih dan membuak buak. Setelah itu tutup api.
9. Tuang agar agar lumut tadi ke dalam loyang atau bekas agar agar.
10. Biar ia sejuk seketika di luar kemudian masukan ke dalam peti sejuk.
11. Apabila ia sudah keras dan sejuk boleh dihidangkan. Anda boleh lihat agar agar lumut siap dengan warna lumut hijau yang sangat cantik dan menyelerakan. Selamat Mencuba..
Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson
