resepi apam gula hangus

Resepi apam gula hangus kukus

Resepi apam gula hangus gebu tak ingat dunia. kuih apam gula hangus yang teksturnya gebu, lembut dan berongga. Kali ini kami kongsi resepi apam gula hangus yang sungguh sedap dan semestinya ia sangat gebu. Tambahan apam ini memunyai aroma yang sangat wangi. Resepi apam gula hangus ini menggunakan bahan yang mudah serta proses memasak juga cepat dan ringkas. Resepi menghasilkan ~25 biji apam gula hangus.

Bahan – bahan apam gula hangus :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan minyak masak (80ml)
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara – cara :

  1. Masak gula di dalam kuali. Apabila gula sudah cair keemasan, masukan perlahan air panas dan kacau sehingga semua gula larut. Kemudian biarkan ia sejuk.
  2. Di dalam pengisar, masukan telur, minyak masak, marjerin,esen vanila, tepung gandum, soda dan juga air gula hangus yang dimasak awal tadi. Kisar sehingga semua bahan sebati. Rehatkan adunan ini selama 10minit.
  3. Oles acuan dengan sedikit minyak masak. Kemudian tuang adunan sehingga 3/4 acuan.
  4. Apabila air pengukus sudah panas, kukus dengan api yang sederhana kuat selama 15 minit.
    Hasilnya apam gula hangus yang bertekstur sangat gebu dan lembut serta rasanya yang sungguh sedap.

{ENGLISH}

fluffy sugar apam recipe I don’t remember the world apam sugar cake with a fluffy texture, soft and hollow. This time we shared a recipe for burnt sugar that is really delicious and of course it is very fluffy. This apam supplement has a very fragrant aroma. This burnt sugar apam recipe uses simple ingredients and the cooking process is also quick and simple. The recipe yields ~ 25 seeds of burnt sugar.

Ingredients:

  • 1 cup sugar
  • 1 cup hot water
  • 2 eggs
  • 1/3 cup cooking oil (80ml)
  • 1 tablespoon margarine
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 1 1/2 cups whole wheat flour
  • 1 teaspoon bicarbonate of soda

Ways:

  1. Cook sugar in a pan. When the sugar has melted golden, slowly add hot water and stir until all the sugar dissolves. Then let it cool.
  2. In a blender, add eggs, cooking oil, margarine, vanilla essence, wheat flour, soda and even burnt sugar water cooked earlier. Blend until all ingredients are well blended. Rest this mixture for 10 minutes.
  3. Rub the mold with a little cooking oil. Then pour the batter until 3/4 of the mold.
  4. When the steaming water is hot, steam over medium-high heat for 15 minutes.
    The result is a burnt sugar that has a very fluffy and soft texture and tastes really good.

VIDEO STEP BY STEP APAM GULA HANGUS

Boleh tengok video yang Kami kongsikan dibawah, dan jangan lupa subscribe YouTube MALAY KITCHEN untuk mendapatkan Notifikasi Resepi Baru yang Sedap dan mudah. Jangan lupa follow dan like FACEBOOK kami yea.

NAK RESEPI LAGI ? INI ADA YANG LAGI SEDAP

Resepi APAM KAMPUNG versi PANDAN

Join telegram Malay Kitchen

Join channel telegram Malay Kitchen untuk mendapatkan notifikasi Resepi yang sedap dan Mudah. Klik link ini https://t.me/malaykitchen​

Mohon Klik Bintang Untuk Resepi Terbaik ini
recipe image
Resepi
resepi apam gula hangus
Tukang Masak
Tarikh Artikel
Masa Penyediaan
Masa memasak
Sedia dimakan

Leave a Reply

Your email address will not be published.