Resepi kuih talam pandan

Resepi kuih talam pandan sukatan cawan. Kuih talam pandan atau dipanggil kuih tepung talam antara kuih tradisional yang sangat popular. Resepi kuih talam pandan ini mudah dan sedap, anda mesti cuba.Lapisan putih diperbuat daripada santan, manakan lapisan hijau adalah dari air pandan. Rasa kuih talam pandan yang berlemak, wangi, lembut dan sedap. JOM MASUK DAPUR

Bahan – bahan :

Bahagian A : bawah (hijau)
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan (kisar 10helai daun pandan bersama 3 cawan air)
sedikit garam
pewarna makanan hijau

Bahagian B : atas (putih)
1 cawan tepung beras
1 cawan santan
2 cawan air
sedikit garam

Cara – cara :

  1. Masukan semua bahan bahagian A ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian kacau rata.
  2. Masak sebentar adunan tersebut sehingga naik wap.
  3. Sediakan loyang dan oleskan dengan sedikit minyak masak. Panaskan sebentar loyang di dalam pengukus.
  4. Tuangkan adunan A (Hijau) yang telah dimasak sebentar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 20-25 minit. (Tapis adunan)
  5. Masukan semua bahagian B (Putih) ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian kacau rata.
  6. Masak sebentar adunan B ini sehingga naik wap. (Tapis adunan ini)
  7. Cucuk sedikit permukaan lapisan hijau yang siap dikukus tadi supaya ia akan melekat bersama adunan putih.
  8. Tuang adunan B yang telah dimasak sebentar tadi ke atas lapisan hijau dan kukus selama 15 -20 minit.
    Hasilnya kuih talam pandan yang sangat lembut , perisa pandan dan lemak rasanya.

Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.

video HD boleh juga ditonton di :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #resepikuihtalampandan​ #kuihtalam​

Leave a Reply

Your email address will not be published.