Resepi kuih topi | Lembut dan berongga

Resepi kuih topi sukatan cawan. Kuih topi atau cucur jawa adalah resepi kuih tradisional yang sangat popular di kelantan. Boleh gunakan gula merah, gula melaka atau gula putih. Resepi kuih topi ini sangat mudah dan anda pasti sangat suka dengan rasa nya yang sedap.

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air gula melaka

Cara- cara :

  1. Masukan semua bahan-bahan di dalam sebuah mangkuk.
  2. Kacau rasa sehingga semua bahan larut sekata dan tidak berketul.
  3. Tutup mangkuk tersebut dengan penutup dan biarkan (perap) sekurang-kurangnya 3 jam. (jika semalaman masukan ke dalam peti sejuk).
  4. Sediakan kuali dengan minyak yang panas.
  5. Sendukan adunan , dan mula menggoreng.
  6. Setelah agak garing, terbalikan kuih topi dan cucuk dibahagian tengah dengan lidi. Ini untuk memastikan kuih topi dibahagian tengah masak.
  7. Boleh angkat jika kuih topi sudah kelihatan garing keperangan.
  8. Hasilnya, kuih topi dengan teksturnya yang lembut dan ringan serta rasa gula melaka yang sedap.

{ENGLISH}
Cup measurement hat cake recipe. Kuih topi or cucur java is a traditional kuih recipe that is very popular in Kelantan. Can use brown sugar, Malacca sugar or white sugar. This hat cake recipe is very simple and you will definitely love its delicious taste.

Ingredients:
1 cup wheat flour
1 cup rice flour
1 cup water
1 teaspoon salt
1/2 cup melaka sugar water

Ways:

  1. Put all the ingredients in a bowl.
  2. Stir until all ingredients dissolve evenly and do not clump.
  3. Cover the bowl with a lid and let (marinate) for at least 3 hours. (if overnight put in the refrigerator).
  4. Prepare a pan with hot oil.
  5. Spoon the batter, and start frying.
  6. Once slightly dry, invert the cap cake and prick in the middle with a skewer. This is to ensure that the hat cake in the middle is cooked.
  7. Can be lifted if the hat cake already looks crisp brown.
  8. As a result, the hat cake with its soft and light texture and delicious Melaka sugar taste.

Resepi Penuh juga ada di Facebook kami :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #resepikuihtopi​ #cucurjawa

Leave a Reply

Your email address will not be published.