Resepi kali ini ialah cara masak ayam gunting crunchy style pasar malam. Ayam gunting crunchy adalah menu yang selalu menjadi pilihan apabila kita berkunjung ke pasar malam . Ia senang didapati malahan sekarang dijual di gerai-gerai kecil sebagai menu makan petang kebiasaanya. Ayam gunting ini biasanya ia dijual dengan perasa yang sedikit pedas. Sungguh sedap apabila dimakan semasa masih panas. Jadi kali ini kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Bukan sahaja kita boleh adjust tahap rasa kepedasan ayam gunting malahan boleh makan dengan kuantiti yang lebih banyak. Betul. Sedap dan menyelerakan. Mesti cuba ya.
Resepi Ayam Gunting
Bahan – bahan :
4 hiris isi ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit lada putih
Cara membuat:
- Sediakan satu bekas dan masukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk cili. Gaul sehingga semua rata.
- Ambil hirisan isi ayam dan tumbuk – tumbuk dengan lesung batu supaya isi ayam padat dan nipis dan dapat menyerap bahan perapan nanti.
- Masukan hirisan isi ayam itu ke dalam sebuah mangkuk, masukan telur, serbuk kunyit, sedikit garam dan 2 sudu besar campuran tepung yang disediakan awal tadi. Perap sebentar dalam 15 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Sebelum menggoreng, celup dan salutkan hirisan ayam yang sudah diperap tadi dengan campuran tepung. Pastikan ia menyaluti keseluruhan bahagian hirisan isi ayam itu.
- Apabila ia sudah kekuningan, tanda ia masak dan toskan.
- Kemudian gunting sederhana kecil hirisan ayam yang dah siap digoreng tadi.
- Taburkan dengan serbuk cili dan lada putih bersesuaian dengan tahap kepedasan dan kesukaan anda.
Nikmati ayam gunting yang rangup, sedikit pedas dan sangat sedap. Mudahkan, selamat mencuba!
Music by : Ikson