resepi kek buah sukatan cawan

Resepi Kek Buah | bakar gebu dan lembab

Resepi Kek Buah. Kek buah sangat digemari oleh ramai orang. Kek yang bewarna warni dengan buah kering seperti kismis, ceri hijau dan merah juga kulit oren menjadikan rasanya sungguh sedap. Malahan bukan sahaja di kedai kek, kedai runcit biasa juga ada menjual kek buah. Terdapat pelbagai versi kek buah berbeza dari segi perisa dan warna. Kali ini kami kongsi resepi kek buah yang simple dan mudah untuk disediakan. Tekstur kek yang lembut bersama buah kering sangat sedap dalam setiap gigitan. Boleh cuba buat sendiri untuk olah rasa dari tahap kemanisan dan jenis buah pilihan. Selamat mencuba.

Bahan – bahan kek buah :

  • 1 cawan marjerin @200gram
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu kecil perisa vanila
  • 1 1/2 tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan buah kering (boleh tambah jika suka)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit air panas

Cara – cara :

  1. Rendam buah kering dengan air panas dalam 15 minit, kemudian toskan buah kering tersebut. Apabila ia sudah kering, masukan dalam sebuah bekas dan campurkan dengan tepung gandum. Kacau perlahan dan pastikan semua buah kering tersalut dengan tepung.

Tips : Salutan ini penting bagi memastikan buah kering ini tidak jatuh ke bawah kek semasa masak nanti.

  1. Didalam bekas yang lain, whisk marjerin, gula dan ovalette sehingga kembang.
  2. Kemudian masukan telur dan perisa vanila . Whisk lagi sehingga semuanya sekata.
  3. Kemudian masukan tepung naik sendiri (ayak), dan kacau pula adunan menggunakan spatula sahaja.
  4. Kemudian masukan buah kering bersalut tepung tadi. Jangan terlalu kuat mengacau adunan. Cukup sekadar kaup balik dan buah rata memenuhi adunan.
  5. Sediakan loyang 6inci beroles minyak dan dialaskan baking paper. Tuang adunan kek buah ke dalam nya. Bakar dengan suhu 150 selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing – masing.

Hasilnya kek buah yang sangat cantik bewarna warni dan rasanya yang sedap.

Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.

VIDEO STEP BY STEP KEK BUAH

Boleh tengok video yang Kami kongsikan dibawah, dan jangan lupa subscribe YouTube MALAY KITCHEN untuk mendapatkan Notifikasi Resepi Baru yang Sedap dan mudah. Jangan lupa follow dan like FACEBOOK kami yea.

NAK RESEPI LAGI ? INI ADA YANG LAGI SEDAP

Resepi Kek Coklat Simple gebu dan moist

Join telegram Malay Kitchen

Join channel telegram Malay Kitchen untuk mendapatkan notifikasi Resepi yang sedap dan Mudah. Klik link ini https://t.me/malaykitchen​

Mohon Klik Bintang Untuk Resepi Terbaik ini
recipe image
Resepi
Resepi Kek buah
Tukang Masak
Tarikh Artikel
Masa Penyediaan
Masa memasak
Sedia dimakan
Resepi terbaik
3.51star1star1star1stargray Based on 3 Review(s)

Leave a Reply

Your email address will not be published.