kek milo kukus 3 bahan

Kek milo kukus 3 bahan | Resepi mudah sedap

Resepi buat kek milo kukus 3 bahan yang viral. Resepi ini hanya menggunakan 3 bahan dan cara membuat kek Ini sangat mudah dan sedap. MESTI CUBA. Cara membuat kek milo yang sangat simple dengan menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur kita. Kek ini walaupun cara buatnya simple, tetapi hasilnya kek yang sangat gebu dan moist. Anak anak pasti suka. Ibu- ibu boleh cuba buat, senang dah mudah.

Resepi ini mudah menggunakan sukatan cawan. Resepi kek ini boleh jugak dibakar menggunakan oven, dan kepada yang tidak ada oven, boleh kukus je..mudah. Mesti cuba ye, pasti sedap. Boleh jugak buat bersama anak-anak resepi kek mudah ni.

Bahan – bahan kek milo kukus 3 bahan

  1. 3 cawan serbuk milo
  2. 3/4 cawan susu pekat manis
  3. 5 biji telur gred A

Cara – cara

  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk,
  2. kemudian kacau rata menggunakan mixer atau whisk sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas pengukus.
  4. Kukus selama 35-40 minit.
  5. Taburkan sedikit serbuk milo ke atas kek dan sedia untuk dihidangkan.

ENGLISH

Let’s try a very simple recipe using ingredients already in our kitchen. Only 3 ingredients are used to make delicious milo cakes.

Ingredients

3 cups milo powder
3/4 cup sweetened condensed milk
5 eggs of grade A

Ways
I put all ingredients into a bowl.
I Mix well with a mixer.
put the dough into a steaming container.
Steam for 35-40 minutes.
Spread some milo powder on the cake and ready to serve.

Resepi kek Hujan panas

Resepi Lain:

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :

https://www.youtube.com/c/malaykitchen

Telegram Malaykitchen : https://t.me/malaykitchen

Facebook : https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Music by : Ikson-Neon
https://soundcloud.com/ikson​

Leave a Reply

Your email address will not be published.