Kue sarang jaring laba laba | Crispy dan Sedap

Hii Semua. Resepi mudah kue sarang jaring laba laba. Kue sarang jaring laba laba ini popular di Indonesia. Kalini MALAY kitchen buat kelainan dari segi warna sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Sekali pandang kue sarang jaring laba laba ini macam kueh jala, tetapi rasanya yang rangup dan rapuh pasti menjadi kelainan.
😊😊

Bahan-bahan :
1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
6 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 3/4 cawan susu cair @santan cair
2 sudu besar minyak masak

Cara – cara :

  1. Masukan telur, gula dan esen vanila ke dalam sebuah mangkuk dan pukul sehingga gula larut dan semua sebati.
  2. Kemudian masukan tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras.Kacau rata.
  3. Kemudian masukan susu cair dan kacau sehingga ia menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
    4.Asingkan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
  4. Isikan adunan ke dalam acuan roti jala. dan masak seperti roti jala.
  5. Gulungkan ia semasa masih panas kerana ia akan mula keras jika tidak dibentuk cepat.
  6. Hasilnya gulungan kue jaring laba laba yang sangat menarik dan rangup bila di makan. Selamat mencuba😊
    Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.😘

😘😘SHARE | SUBSCRIBE | FOLLOW | COMMENT😘😘

Resepi Penuh juga ada di Facebook kami :
https://www.facebook.com/malay.kitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

malaykitchen​ #kuejaringlabalaba​ #kuesaranglabalaba​

Leave a Reply

Your email address will not be published.