resepi cucur badak

Resepi Cucur badak ubi keledek

Resepi kali ini ialah cucur badak ubi keledek yang lembut dan sangat sedap. Kami kongsi cara buat cucur badak dengan sukatan cawan yang sangat mudah untuk diikuti. Resepi ini juga boleh dijadikan sebagai cucur badak frozen di mana anda hanya perlu menggorengnya separuh masak dan bekukan di dalam peti sejuk.

Bahan Inti :

2 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar

3 batang serai

1 sudu besar cili kisar

Sedikit udang (udang kering juga boleh)

1 cawan (setengah biji ) kelapa parut

sedikit garam, serbuk kunyit

2 sudu besar gula

sedikit air

sedikit minyak untuk tumis (2 sudu besar)

Cara masak inti :

  1. Kisar bawang putih, bawang besar dan serai sehingga lumat.
  2. Di dalam kuali, masukan sedikit minyak masak dan kemudian tumis bahan kisar. Masukan juga cili kisar. (boleh lebihkan cili kisar ini jika suka pedas). Tumis sehingga garing sedikit.
  3. Kemudian masukan garam, serbuk kunyit, gula dan juga udang. ( boleh tambah mengikut citarasa anda).
  4. Kemudian masukan kelapa parut dan masak sehingga semua bahan ini sebati dan kering. Tutup api.

Bahan BADAN :

500 gram ubi keledek (oren)

1 cawan tepung gandum

sedikit garam

air untuk rebus ubi keledek

sedikit minyak masak

Cara :

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk. Kemudian semasa masih panas lenyetkan ia sehingga lumat semuanya. Biarkan ia sejuk sebentar. Tips : Ubi keledek yang dilenyek ini mesti disejukan dahulu sebelum tepung dimasukan.
  2. Kemudian masukan tepung gandum dan sedikit garam .
  3. Uli adunan sehingga ia membentuk doh.
  4. Oleskan tangan dengan minyak masak sedikit dan kemudian ambil sedikit doh ubi keledek ini. Buatkan sedikit lubang di tengah untuk diisikan inti kelapa parut yang telah di masak awal tadi.
  5. Tutup rapat inti dan bentukan ia bulat. Ini untuk memastikan kuih tidak pecah semasa anda goreng nanti.
  6. Kemudian sediakan kuali dengan minyak panas, dan boleh mula menggoreng. Pastikan api tidak terlalu kuat atau tidak juga terlalu perlahan. ini untuk memastikan kuih masak rata. Apabila ia sudah bertukar kekuningan dan sedikit garing, boleh tutup api dan toskan. Tips : Kuih yang tidak cukup masak, ia akan kempis nanti. Jadi pastikan kuih anda dimasak sempurna.
  7. Hasilnya kuih cucur badak yang rangup dibahagian luar dan lembut di bahagian dalam. Tambahan pula inti kelapa parut yang sangat sedap dengan rasa serai, dan udang yang sungguh menyelerakan.
  8. Selamat mencuba!

Mohon Follow Malaykitchen di Facebook :
https://www.facebook.com.my/malay.kitchen

Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

Leave a Reply

Your email address will not be published.