Resepi Kek vanilla simple yang gebu dan sedap. Resepi kek vanilla ini sungguh mudah dan hasilnya kek span yang gebu dan lembut. Cara buat kek ini mudah dengan sukatan cawan. Kek ini boleh juga dihias dengan toping kegemaran anda atau dimakan begitu sahaja pun begitu sedap. Mesti cuba mesti jadi.
Bahan bahan Kek vanilla :
- 3 biji telur A
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/4 cawan susu
- 3/4 cawan tepung kek
- 3 sudu besar marjerin cair
Cara-cara :
- Masukan semua bahan kecuali marjerin ke dalam sebuah mangkuk.
- Whisk sehingga ia kembang. (Cadangan 10minit dengan kelajuan maksima).
- kemudian masukan marjerin cair dan kaup balik sehingga semua sebati.
- Oles loyang dengan sedikit marjerin dan alas dengan kertas baking.
- Tuang adunan ke dalam loyang. Saiz 6inci dan bakar pada suhu 160 selama 1jam atau sehingga masak.
Hasilnya kek vanila yang gebu dan rasa yang sedap. Anak anak pasti suka. mesti cuba ya
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
https://www.youtube.com/c/malaykitchen
Mohon Follow MALAY KITCHEN di FB :
https://www.facebook.com/malay.kitchen
Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen
Muzik oleh : Ikson
https://soundcloud.com/ikson