Roti jala bunga rose | sedap lembut | sukatan cawan

Resepi roti jala bunga rose sukatan cawan ini mudah dibuat. resepi roti jala bunga rose lembut ini sedap dimakan bersama kuah kari atau kuah manis. roti jala bunga rose mempunyai pelbagai warna yang menyelerakan. jom kita tengok cara buat roti jala bunga rose :

Resepi Roti Jala

Resepi roti jala ini tidak menggunakan telur, tetapi masih lembut , lemak dan sedap.

Bahan – bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan (santan pekat + air)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
Pewarna Makanan

Cara- cara :

  1. Masukan kesemua bahan kecuali pewarna makanan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus dan sekata.
  2. Kemudian masukan bancuhan ke dalam beberapa bekas untuk diwarnakan.
  3. Masukan pewarna mengikut pilihan warna roti jala yang kita inginkan.
  4. Kemudian masukan bancuhan ke dalam bekas acuan roti jala dan ikut cara bagaimana corak di buat di dalam video yang kami sediakan.
  5. Kemudian gulung roti tersebut sehingga membentuk seperti bunga mawar. (bancuhan ini tidak melekat dikuali dan senang diangkat apabila ia masak. Walaubagaimanapun, boleh sapu dengan minyak masak jika ia melekat)
  6. Roti jala boleh dimakan dengan kuah kari atau kuah manis. Selain rupanya yang sangat menarik dan cantik, ia juga sangat sedap. Selamat Mencuba!

Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson​

Facebook : https://www.facebook.com/malay.kitchen​

rotijala​ #resepirotijala​ #rotijalabungarose

Leave a Reply

Your email address will not be published.