Kek oreo 3 bahan kukus | Resepi mudah

Cara mudah buat kek oreo 3 bahan kukus. resepi kek oreo kukus yang viral ini tidak menggunakan telur dan tanpa oven. kek oreo 3 bahan ini sedap, anak anak pasti suka.Resepi kek paling mudah dan paling sedap. JOM MASUK DAPUR

Resepi Kek Oreo 3 Bahan

Bahan 1: 2 paket biskut Oreo
Bahan 2: 1 cawan susu
Bahan 3: 1 paket Eno

Cara – cara :

  1. Kisar oreo bersama susu sehingga halus.Kemudian tuang ke dalam mangkuk.
  2. Masukan Eno ke dalam bancuhan biskut dan susu tadi. Kacau rata.
  3. Sapu sedikit minyak pada loyang.
  4. Tuang bancuhan kek oreo ke dalam loyang dan boleh terus kukus.
  5. Kukus dengan api yang kuat selama 30minit.
    Hasilnya kek oreo yang sangat lembap, gebu dan sedap.

Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson

Leave a Reply

Your email address will not be published.