Kuih Tepung gomak atau kuih abuk-abuk adalah kuih tradisional yang digemari ramai tetapi kini sudah jarang ditemui di sesetengah tempat. Kuih tepung gomak ini rasa sedap dan berbeza disebabkan ia bersalut dengan tepung/serbuk kacang hijau. Berasaskan tepung pulut dan berintikan kelapa gula merah. Rasa kuih ini sungguh sedap gabungan lemak kacang hijau dan tekstur kuih yang liat dan berinti kelapa yang manis. Jom Malaykitchen kongsikan cara buat kuih tepung gomak atau abuk-abuk ini. Resepi InsyaAllah jadi. Jom masuk dapur.
Bahan – bahan :
Bahagian A (inti merah)
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan air gula merah
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
Bahan B (Badan)
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya
Bahan C
1/2 cawan serbuk kacang hijau
Cara – cara :
Bahagian A :
Masukan kelapa parut, air gula merah dan gula ke dalam sebuah periuk. Kacau rata dan masak di atas api yang sederhana. Kemudian apabila sebati, masukan tepung gandum dan kacau rata. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
Bahagian B:
- Masukan semua bahan B ke dalam sebuang mangkuk atau bekas. Uli adunan sehingga ia menjadi doh. Masukan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan dan membentuk doh. (anggaran 3/4 cawan).
2.Kemudian ambil sedikit doh, isikam dengan sedikit inti kelapa parut yang dimasak tadi. Tutup kemas dan bentukan bulat.
- Sediakan periuk dengan air yang panas menggelegak, masukan kuih tadi. Apabila ia masak ia akan naik terapung di permukaan. Angkat dan toskan .
- Kemudian salut ia dengan serbuk kacang hijau. Pastikan ia tersalut penuh seluruh kuih.
Hasilnya Kuih tepung gomak yang sangat sedap. Ia gebu di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.
Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.
Jangan Lupa Follow FACEBOOK MalayKitchen
https://www.facebook.com/malay.kitchen
Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my
Music by : Ikson
https://soundcloud.com/ikson