Hi semua. Kali ini kami kongsi cara masak kuih keria asli yang sangat sedap. Kuih keria sememangnya tidak asing lagi dikalangan masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi. Kuih ini berasaskan ubi keledek dengan sedikit campuran tepung yang menghasilkan kuih yang sungguh sedap rasanya. Ubi keledek pula senang untuk didapati malah terdapat di kedai runcit sekalipun. Jadi jika kita teringin untuk membuatnya sendiri memang tiada masalah. Kami kongsi bahan dan cara lengkap untuk memasak kuih keria ini. Boleh tonton di dalam video yang kami sediakan untuk cara masak dengan lebih jelas. Mesti cuba ya.
Bahan keria :
500gram (3 biji saiz sederhana) ubi keledek oren
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Bahan Gula
1/4 cawan gula
1/4 cawan air
Cara- cara :
- Rebus ubi keledek sehinga empuk. Kemudian toskan.
- Lenyek ubi keledek sehingga ia hancur dan halus. Biarkan ia sejuk seketika.
- Kemudian masukan tepung dan sedikit garam bersama ubi keledek lenyek tadi. Gaul rata
- Kemudian bentukan doh ubi keledek tadi ke bentuk gelang.
- Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.
- Goreng kuih keria tadi sehingga ia betul masak. Angkat dan toskan.
- Di dalam kuali yang lain, masak gula dan air sehingga ia berbuih2 dan agak likat. Kemudian masukan semua kuih keria yang siap digoreng tadi. Jangan tutup api lagi.
- Kaup balik ia didalam buih air gula tadi sehingga terhasil kristal kristal gula yang bewarna putih mula menyaluti kuih keria. tutup api dan masih kaup balik sehingga keseluruhan kuih keria sudah disaluti gula.
- Kuih keria sedia untuk dihidangkan. Hasilnya kuih keria yang rangup diluar dan lembut didalamnya. Rasanya pula sungguh sedap. Rasa sebiji mesti hendak lagi. Cuba buat sendiri ya.
Music by : Ikson